(VIDEO)Gadis Dibelasah Tanpa Belas Kasihan Oleh Tiga Lelaki Tular Di Media Sosial

Trending

(VIDEO)Gadis Dibelasah Tanpa Belas Kasihan Oleh Tiga Lelaki Tular Di Media Sosial

Satu video berlegar di media sosial menunjukkan tiga lelaki membelasah seorang gadis sehingga gadis itu tidak sedarkan diri tular di media sosial.

Video berdurasi 30 saat itu menunjukkan tiga lelaki beraksi ala tomoi menendang gadis itu beberapa kali tanpa menghiraukan gadis itu yang mengaduh kesakitan.

Advertisement

Dalam video itu, lelaki itu menuduh gadis itu berbuat sesuatu kepada teman wanitanya. Dia juga beberapa kali bertanya kepada gadis itu, apakah yang telah dilakukan kepada teman wanitanya.

Dia dan dua lagi lelaki dilihat menendang gadis itu tanpa belas kasihan dengan kuat. Tendangan ke kepala pada akhirnya menyebabkan gadis itu pengsan. Dalam video itu, gadis itu dilihat ditendang sekurang-kurangnya lima kali.

Ada yang mendakwa dialek yang dituturkan oleh lelaki itu ialah dialek Kelantan dan ada juga mendakwa ia dialek Melayu Pattani.

Kejadian ini dikatakan baru berlaku, dan ada mendakwa gadis yang ditendang dalam video telah meninggal dunia, namun kesahihan dakwaan ini tidak dapat dipastikan.

Terdapat suara seorang wanita di latar belakang, dipercayai bercakap dalam bahasa Thailand.

Video ini kini mendapat lebih 2,000 ulang ciap dan mendapat kritikan netizen kerana tiga lelaki itu dianggap dayus dan bacul kerana menggunakan kekerasan melampau terhadap seorang gadis. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...