Satu video berlegar di media sosial menunjukkan tiga lelaki membelasah seorang gadis sehingga gadis itu tidak sedarkan diri tular di media sosial.
Video berdurasi 30 saat itu menunjukkan tiga lelaki beraksi ala tomoi menendang gadis itu beberapa kali tanpa menghiraukan gadis itu yang mengaduh kesakitan.
Ada orang kelantan tak sini tolong translate jantan jantan ni pukul perempuan ni sebab apa ? alahai tak sampai hati aku nak tengok dia kena pukul sampai nangis nangis ?
ps : aku jumpa video ni dalam group fb , tak tau ni video lama ke baru so kalau case closed aku delete ? pic.twitter.com/tHOnKJsBtW
— ???? (@Amxrull) March 3, 2020
Dalam video itu, lelaki itu menuduh gadis itu berbuat sesuatu kepada teman wanitanya. Dia juga beberapa kali bertanya kepada gadis itu, apakah yang telah dilakukan kepada teman wanitanya.
Dia dan dua lagi lelaki dilihat menendang gadis itu tanpa belas kasihan dengan kuat. Tendangan ke kepala pada akhirnya menyebabkan gadis itu pengsan. Dalam video itu, gadis itu dilihat ditendang sekurang-kurangnya lima kali.
Ada yang mendakwa dialek yang dituturkan oleh lelaki itu ialah dialek Kelantan dan ada juga mendakwa ia dialek Melayu Pattani.
Kejadian ini dikatakan baru berlaku, dan ada mendakwa gadis yang ditendang dalam video telah meninggal dunia, namun kesahihan dakwaan ini tidak dapat dipastikan.
Terdapat suara seorang wanita di latar belakang, dipercayai bercakap dalam bahasa Thailand.
Video ini kini mendapat lebih 2,000 ulang ciap dan mendapat kritikan netizen kerana tiga lelaki itu dianggap dayus dan bacul kerana menggunakan kekerasan melampau terhadap seorang gadis. – amazingnara.com