Jika anda mengisi petrol di stesen minyak, anda dikehendaki untuk menutup enjin kenderaan, dilarang merokok dan tidak boleh menggunakan barangan elektronik seperti telefon bimbit misalnya.
Namun tular di media sosial mengenai satu video yang memaparkan seorang wanita sedang membuat demo mengisi minyak untuk kereta mewah jenis Lamborghini di sebuah stesen minyak.
Selalu g Station minyakkan ada signboard tak boleh main phone masa isi minyak. Dia ni jadi terlebih bangang macam ni kenapa? @PDRMsia @PDRMsia_Trafik pic.twitter.com/Xs3J8d02l3
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) July 20, 2022
Dalam rakaman tersebut, wanita itu turut menunjukkan harga ‘full tank‘ untuk kereta mewah yang dipandunya.
Turut bersama wanita itu adalah suami dan juga anak mereka.
Video tersebut ternyata telah mengundang kecaman dalam kalangan netizen yang rata-ratanya beranggapan bahawa wanita itu meletakkan dirinya dalam risiko kemalangan hanya kerana ingin membuat video seperti itu.
Tolong ambil tindakan. Bangang jenis apa main phone masa isi minyak? Tak kira lah duduk dekat ke duduk jauh ke. Dalam kereta je boleh main phone.-netizen
Ada juga netizen yang naik ‘meluat’ apabila melihat wanita itu yang seolah-olah menunjuk harta peribadi di media sosial.
Alahai, menunjuk-nunjuk sungguh RM400 tak mahai. Sekali ditarik nikmat baru ada akal. -netizen