Seekor cengkerik didapati bersarang dalam telinga seorang lelaki dan telah berjaya dikeluarkan.
Lelaki itu tidak dinamakan, dipercayai dari India, datang ke hospital mengadu telinganya gatal. Pemeriksaan doktor mendapati terdapat serangga sepanjang tiga inci tertanam dalam telinganya, dan ia merupakan punca kegatalan telinga yang dirasakan beliau.
Doktor terpaksa menggunakan penyepit khas bagi mengeluarkan cengkerik itu, dan video prosedur pengeluarannya telah diterbitkan dalam talian.
Pakar memberitahu cengkerik itu mungkin menyorok dalam telinga kerana mencari tempat perlindungan waktu siang.
Michael Sweet, seorang pensyarah di Universiti Derby, juga seorang pakar biologi invertebrata mengenal pasti serangga itu sebagai ‘cengkerik rumah India’. Katanya:
Makhluk ini dikenali kerana suka menceroboh, dan ia ditemui di seluruh dunia. Mungkin ia masuk ke telinga lelaki itu sewaktu dia (lelaki) sedang tidur dan hanya mahu berlindung hingga malam tiba.
Video prosedur itu dipercayai dirakamkan oleh doktor di South Zone ENT Research di Villupuram, Tamil Nadu, India menunjukkan kaki serangga itu dilihat bergerak di dalam telinga lelaki yang disebutkan.
Cengkerik itu tidak mendatangkan bahaya serius buat lelaki itu, bagaimanapun, ia berpotensi telah merosakkan dalaman telinga–yang menyebabkan masalah pendengaran dan keseimbangan badan yang bersifat sementara.
Lagi tujuh gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.