(VIDEO)Ditangkap Berduaan, Lelaki Dan Isteri Orang Dipukul Orang Ramai

Trending

(VIDEO)Ditangkap Berduaan, Lelaki Dan Isteri Orang Dipukul Orang Ramai

Satu rakaman video yang tular menunjukkan seorang lelaki ditangkap kerana berdua-duaan dengan seorang wanita yang merupakan isteri orang. Bagaimanapun, dia seterusnya dipukul oleh sekumpulan lelaki.

Dalam insiden yang berlaku di Terengganu semalam, lelaki itu dipukul oleh sekumpulan lelaki namun tidak dapat dipastikan apa sebenarnya hubungan mereka dengan lelaki yang dipukul tersebut, Malah, wanita yang didakwa isteri orang itu juga dikasari oleh mereka.

Advertisement

Video itu mendapat reaksi bercampur-baur dari ramai pihak. Netizen terutama sekali merasa hairan mengapa begitu ramai memukul lelaki tersebut sedangkan tidak dapat dipastikan yang mana satukah suami wanita itu.

“Dayusnya pukul perempuan.”

“Mana satu suami dia?”

Sementara itu, dalam satu video, lelaki yang didakwa keluar dengan isteri orang tersebut mendakwa tidak tahu wanita itu isteri orang, kerana dia memberitahu dia seorang janda.


Sementara itu, Netizen mendakwa keganasan bukanlah penyelesaian terbaik jika cinta sudah tidak wujud lagi dalam diri.

Apa yang dikatakan itu ada betulnya. Cinta tak boleh dipaksa. Mungkin wanita itu berbuat salah kerana keluar dengan lelaki lain yang bukan suaminya, namun itu tidak melayakkan dia dipukul beramai-ramai. Apa pendapat anda? – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...