(VIDEO)Di Sebalik Tabir Filem Alamak… Toyol!

Hiburan

(VIDEO)Di Sebalik Tabir Filem Alamak… Toyol!

Bila bercerita mengenai toyol, Abang Nara teringat kenangan zaman masa belajar kat sekolah asrama dulu. Bila ada duit hilang je, mulalah keluar cerita malam masa kejadian tue ada orang ternampak toyol tengah mencuri. Mungkinkah paras rupa toyol yang pendek dan katik adalah seperti di bawah ini?

alamakk toyol

Advertisement

Agak seram jugak kan? Dah la warna hijau, mata bulat, badan plak kurus kering. Ini toyol bukan sebarang toyol tapi toyol yang didatangkan khas dalam filem MIG terbaru yang diberi nama “Alamak… Toyol!”. Dengar tajuk pun rasanya dah tahu yang filem ini ialah filem komedi.

alamakk toyol

Bila tengok muka si Angah Raja Lawak nie buat posing muka takut-takut manja dengan si toyol, Abang Nara dah dapat bayangkan cerita ini mampu buat Abang Nara gelak sampai bergerak usus. Bila Abang Nara baca jalan cerita Alamak.. Toyol!, nampak memang ada harapan untuk gelak buat usus terkeluar. Mana taknya, selama ini manusia dah sinonim dengan kehebatan si toyol mencuri, tetapi dalam filem Alamak…. Toyol! nie, si toyol pulak yang sengal mencuri sampai kena diajar oleh pembela dia.

alamakk toyol

Tayangan filem Alamak… Toyol!  akan bermula minggu hadapan 3 November. Kalau rasa nak tengok toyol yang lain daripada yang lain (dalam ertikata lain toyol sengal), silalah pergi menonton filem ini. Abang Nara pun kalau berkesempatan akan pergi menonton minggu depan.

alamakk toyol

Klik gambar di atas untuk melihat video sebalik tabir filem Alamak… Toyol! atau anda boleh klik sini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...