Seorang pengguna Facebook, Mohd Nolks, telah memuat naik satu video rakaman kejadian kemalangan melibatkan seorang lelaki yang didakwa sebagai bapa saudaranya.
Menurut beliau:
Al-Fatihah buat ayah saudara di Satun. Semoga roh ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Kemalangan ketika selamatkan cucu sendiri semalam.
Ingatlah nyawa bila-bila saja Allah S.WT boleh tarik balik.
Rakaman CCTV di hadapan kedai.
Tiada maklumat sama ada cucu tersebut terselamat dalam kejadian yang berlaku 13 Jun lepas, tetapi memandangkan ia tidak dinyatakan oleh Mohd Nolks, kami membuat kesimpulan kanak-kanak itu telah terselamat.-amazingnara.com
Hana
June 17, 2016 at 1:23 pm
Tak perlu upload video ngeri macam ni. Cukuplah sekadar mengingatkan pembaca untuk memberikan sedekah Al Fatihah kepada arwah.