(VIDEO)”Dah Tak Ada Modal Ke?”- Disoal Isu Rumah Tangga Puteri Sarah, Peminat TokTi Kecam Wartawan

Hiburan

(VIDEO)”Dah Tak Ada Modal Ke?”- Disoal Isu Rumah Tangga Puteri Sarah, Peminat TokTi Kecam Wartawan

Tular di media sosial Twitter semalam apabila peminat penyanyi tersohor negara iaitu Dato Sri Siti Nurhaliza meluahkan rasa geram terhadap sikap wartawan yang menanyakan soalan ‘tiada kena mengena’ kepada idola mereka.

Difahamkan, Siti Nurhaliza yang lebih mesra disapa sebagai TokTi itu telah ditemui media ketika majlis sidang media konsert Music Of The Soul bersama Awie Wings yang akan diadakan pada 5 & 6 November 2022 ini di Plenary Hall, KLCC, Kuala Lumpur.

Advertisement

Ketika sesi temubual itu, penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu telah disoal tentang pendapatnya mengenai kisah rumah tangga Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof yang kini sedang bergolak akibat orang ketiga.

Klip video temubual itu kemudiannya menjadi tular dan mengundang pelbagai kritikan dan respon daripada netizen.

TwitterSumber : Twitter  

Rata-ratanya menganggap wartawan bertugas tidak mempunyai ‘modal’ cerita untuk dipaparkan sebagai bahan berita.

Ada juga yang merasakan bahawa media di luar sana sepatutnya lebih mementingkan berita mengenai karier dan juga aktiviti seni berbanding fokus dalam perkara-perkara peribadi dan ‘hal dalam kain’ artis di Malaysia.

noh hujan
2 years ago

(VIDEO) Noh Salleh Dikritik Jawab Soalan Wartawan Sambil Hembus Asap Vape, Tapi Ramai Peminat ‘Back Up’?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...