Gara-gara tersilap parkir, kereta milik seorang individu telah dirosakkan dan diisi dengan sampah sarap oleh pemilik petak parkir tersebut.
Lelaki itu turut berkongsi keadaan keretanya yang dipenuhi sampah sarap di aplikasi TikTok dan sekaligus mengundang pelbagai reaksi di dalam kalangan netizen.
Menganggap ia sebagai satu tindakan tidak bertanggungjawab, lelaki itu mendakwa bahawa pemilik petak parkir berkenaan telah bertindak mengisi keretanya dengan sampah dan turut diumpil dan dibuka kunci oleh si pelaku.
Sehubungan dengan itu, pemilik kereta itu telah membuat laporan polis berkenaan insiden itu.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tidak berpuas hati dengan tindakan pemilik petak parkir itu yang keterlaluan.
Namun begitu, ada juga yang berpendapat bahawa tindakan itu wajar kerana telah menyusahkan pemilik kenderaan yang lebih berhak untuk meletakkan kereta di ruang parkir itu.
Terfikir jugak. Salah parking 2 hari. Tuan petak parkir nak parking mana dalam masa dua hari. Memang marah la. – netizen.
Ada yang kata sekadar ‘marketing’. Ha macam-macam la ek!