Orang kata kalau tahu tricknya, senang saja nak selesaikan kiub rubik. Kami tidak tahu metodnya, jadi tidak pernah berjaya selesaikannya. Tetapi Marcell Endrey, yang sememangnya pakar dalam hal ni, ‘kacang saja’ menyelesaikannya.
Beberapa hari lepas, Marcell telah mencipta rekod dunia masa penyelesaian kiub rubik, iaitu 28.80 saat dalam sebuah pertandingan. Tapi yang lebih best, Marcell melakukannya dengan mata tertutup dengan kain hitam. Ikuti video Marcell mencipta rekod dunia: