Usahawan dan pempengaruh media sosial, Khairul Aming menjadi tumpuan gara-gara video memaparkan dia membawa staf kilang perusahannya membeli barang dapur dan ‘shopping’ raya sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.
Khairul Aming belanja staf sempena hari raya
Perkara itu dikongsikan Khairul Aming menerusi satu hantaran di media sosial Instagram dan TikTok untuk tatapan pengikutnya.
Kita tutup kedua-dua kilang sebab nak raikan kesemua pekerja kita sempena hari raya yang bakal menjelma. Macam-macam aktiviti yang kami buat, pertama sekali kita bawa diorang ‘shopping’ baju raya tapi penuh sikitlah satu kedai sebab pekerja saya dah makin ramai, hampir 100 orang.
Lepas dah ‘settle’, saya bawa diorang pergi pasar raya sebab nak mereka beli barang dapur untuk keluarga buat persiapan hari raya. Masa ini semua telefon isteri dan mak ayah tanyakan barang apa lagi yang tak cukup di rumah, ‘best’ sangat tengok diorang ‘shopping’.
Bukan itu sahaja, usahawan itu turut memberikan bonus raya dan cuti raya selama seminggu buat stafnya.
@khairulaming Alhamdulillah kita dapat Malaysia Book of Records untuk jualan satu juta ringgit terpantas di TikTokShop semasa launching Dendeng Nyet bulan lepas. This is a new milestone for me and my team. Kita takkan boleh buat semua ni tanpa sokongan daripada anda semua. Thanks guys ?? #KongsiSelera #KongsiBersama #IftarwithKhairulaming #TikTokShopBazarRaya2024
Selepas itu saya bawa diorang pulang ke kilang untuk momen yang paling diorang tunggu-tunggu iaitu pemberian bonus duit raya. Jadi macam biasa, kita kongsi rezeki sikit kepada diorang untuk menyambut hari raya.
Peminat puji cara Khairul Aming santuni pekerja
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memuji tindakan Khairul Aming sebagai majikan yang sangat menghargai para pekerjanya.
Ada juga yang bertanyakan tentang cara memohon untuk bekerja dengan Khairul Aming di kilangnya yang berlokasi di Kelantan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.