(VIDEO)Berang Terpercik Air, Wanita Didakwa Tampar Cleaner Di Stesen Minyak R&R Dua Kali

Trending

(VIDEO)Berang Terpercik Air, Wanita Didakwa Tampar Cleaner Di Stesen Minyak R&R Dua Kali

Seorang pengguna Facebook memaklumkan ibunya yang bekerja sebagai cleaner di sebuah stesen minyak telah ditampar dua kali oleh seorang wanita kerana terpercik air sewaktu membersihkan tandas.

cleaneranEncik Mika mendakwa ibunya telah meletakkan papan tanda berwarna kuning yang menandakan kerja pembersihan sedang dijalankan tetapi wanita itu tetap masuk menggunakan tandas.

Advertisement

Akibatnya, air terpercik ke badan wanita itu sewaktu pembersihan dijalankan. Berang dengan kejadian itu, wanita itu telah menampar ibu Encik Mika sebanyak dua kali. Dia juga dikatakan mengugut akan memecahkan muka cleaner tersebut.

screen-shot-2016-12-14-at-9-19-25-amMenurut Encik Mika, ibunya bertugas sebagai cleaner di stesen minyak BHP, R&R Bukit Pagoh. Encik Mika menambah, satu laporan polis telah dibuat mengenai kejadian itu.

15541598_10210648401901198_1236557083622835230_nNamun begitu, wanita yang didakwa, Shazia Akhtar Mua bagaimanapun mendakwa kejadian itu tidak berlaku seperti yang diceritakan oleh Encik Mika.

screen-shot-2016-12-14-at-9-33-31-amShazia bagaimanapun tidak mahu menceritakan hal sebenar dan memberitahu akan membiarkan undang-undang menyelesaikan pertuduhan yang dakwanya ‘hanya direka’.

Video kejadian itu dikeluarkan oleh Encik Mika dipercayai ialah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) boleh ditonton di bawah:

Mengikut pemerhatian penulis, kepala ibu Encik Mika yang berbaju kuning seolah-olah terdorong ke kanan pada minit 0:53 seperti dalam rakaman yang dimuat naik tersebut.

Jika benar ibu Encik Mika telah ditampar, ia tidak sepatutnya dilakukan kerana ia adalah satu bentuk serangan terhadap individu lain, walaupun ibunya telah terpercik air pada Shazia.

 

screen-shot-2016-12-14-at-9-50-03-amSementara itu, rata-rata Netizen berang dan  mengecam tindakan Shazia kerana tidak menghormati orang tua dan berkelakuan biadap. -Encik Mika menambah, ibunya kini fobia untuk bekerja sebagai cleaner setelah ditampar wanita itu. –amazingnara.com


Sumber: Encik Mika

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...