Seorang pengguna Facebook memaklumkan ibunya yang bekerja sebagai cleaner di sebuah stesen minyak telah ditampar dua kali oleh seorang wanita kerana terpercik air sewaktu membersihkan tandas.
Encik Mika mendakwa ibunya telah meletakkan papan tanda berwarna kuning yang menandakan kerja pembersihan sedang dijalankan tetapi wanita itu tetap masuk menggunakan tandas.
Menurut Encik Mika, ibunya bertugas sebagai cleaner di stesen minyak BHP, R&R Bukit Pagoh. Encik Mika menambah, satu laporan polis telah dibuat mengenai kejadian itu.
Namun begitu, wanita yang didakwa, Shazia Akhtar Mua bagaimanapun mendakwa kejadian itu tidak berlaku seperti yang diceritakan oleh Encik Mika.
Shazia bagaimanapun tidak mahu menceritakan hal sebenar dan memberitahu akan membiarkan undang-undang menyelesaikan pertuduhan yang dakwanya ‘hanya direka’.
Video kejadian itu dikeluarkan oleh Encik Mika dipercayai ialah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) boleh ditonton di bawah:
Jika benar ibu Encik Mika telah ditampar, ia tidak sepatutnya dilakukan kerana ia adalah satu bentuk serangan terhadap individu lain, walaupun ibunya telah terpercik air pada Shazia.
Sementara itu, rata-rata Netizen berang dan mengecam tindakan Shazia kerana tidak menghormati orang tua dan berkelakuan biadap. -Encik Mika menambah, ibunya kini fobia untuk bekerja sebagai cleaner setelah ditampar wanita itu. –amazingnara.com
Sumber: Encik Mika