Seorang wanita telah ditahan polis setelah videonya memukul seorang kanak-kanak perempuan dalam sebuah rumah telah menjadi viral.
Kejadian itu dikatakan berlaku di Taman Puchong Perdana., Puchong, Selangor.
Wanita itu dikatakan berang apabila kanak-kanak itu makan tetapi nasinya tumpah ke lantai.
Dalam video itu dia dilihat memukul kanak-kanak itu yang menjerit kesakitan menggunakan kayu berkali-kali.
Video itu dipercayai dirakam juga oleh seorang kanak-kanak boleh ditonton di bawah.
Ada Netizen mendakwa kanak-kanak perempuan itu anak yatim piatu. Rakaman itu didakwa diambil pada jam 7.00 malam kelmarin dan wanita itu telah ditahan malam semalam.
Netizen berang dengan kejadian itu, apatah lagi seekor anjing dilihat berlegar seolah-olah cuba membantu meleraikan penderaan tersebut.
Netizen juga melahirkan rasa lega kerana wanita itu kini sedang berada dalam tahanan polis dan kanak-kanak itu kini sudah diselamatkan.-amazingnara.com