(VIDEO)ATM Kek Cawan 24 Jam Di Amerika

Trending

(VIDEO)ATM Kek Cawan 24 Jam Di Amerika

Di Amerika Syarikat, satu cara baru untuk menjual kek cawan secara cepat dan mudah telah diperkenalkan oleh sebuah perniagaan kek cawan yang bernama Sprinkles. Ianya dipanggil “Sprinkles Cupcake 24-Hour-ATM”. Sebenarnya bukan konsep yang baru, tetapi untuk kek cawan, ia adalah yang pertama sepertinya. The Huffington Post melaporkan, ATM tersebut yang terletak di Beverly Hills, dibina oleh jurutera Sprinkles, Vineet Chaplot.

Advertisement

Terdapat 600 kotak kek cawan pelbagai perisa boleh dilihat tersusun di bahagian belakang ATM tersebut. Dilengkapi dengan skrin sentuh, pelanggan boleh memilih dan membaca deskripsi tentang perisa kek cawan sebelum menyisipkan kad kredit pada mesin. Mesin akan memilih kek cawan yang dibeli dari simpanannya, dan mengeluarkan kek tersebut di slot yang disediakan beserta resit. Yang menarik, ada rakyat Amerika yang mengatakan ATM ini akan menyumbang kepada kadar peningkatan obesiti, kerana Amerika Syarikat diketahui mempunyai masyarakat dengan kadar obesiti paling tinggi di dunia. Saksikan:-

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...