Kecoh di media sosial dengan penampakan seorang remaja lelaki berbakat di Selayang dalam satu video yang tular.
Dalam video yang tular, kelihatan remaja ini sedang melakukan aksi free style sewaktu timang bola.
Remaja ini dilihat sedang ligat beraksi di sebuah taman permainan pada waktu petang.
Tak sangka Selayang dah sampai tahap ini!
Video ini telah dikongsikan di Twitter, dimana remaja ini kelihatan sangat bersahaja sewaktu beraksi meskipun disaksikan oleh rakannya.
Anak siapa ni? Tak sangka Selayang dah sampai level ni ?? pic.twitter.com/qZGLgaDOAw
— aleemy azram (@aleemyazram) October 13, 2019
Rupanya-rupanya memang berbakat
Identiti remaja yang berbakat ini berjaya ditemui oleh netizen. Rupa-rupanya, remaja bernama Zuhairi pernah menyertai beberapa kali kejohanan timang bola gaya bebas.
Hebatlah adik ini!
Dalam keterangan beberapa gambar, remaja itu menang tempat ketiga kejohanan Free Style sempena Pesta Futsal Rakyat awal bulan ini.
Selain itu, Zuhairi juga adalah antara 16 pemain terbaik dalam satu kejohanan sama, tewas dengan pemain Jepun di Stadium Shah Alam, Disember 2018.
Ramai warga maya terpegun melihat keasyikan Zuhairi timang bola, walaupun beliau tidak dikenali atau masyhur seperti individu lain.
Level Cristiano Ronaldo
