(VIDEO)Aksi Lasak Aaron Aziz Dalam Prince Of The City

(VIDEO)Aksi Lasak Aaron Aziz Dalam Prince Of The City

Dengan jumlah undi sebanyak 9,966 orang, 57.01 % daripadanya bersetuju yang Aaron Aziz ialah pelaris karya, dengan syarat karya itu bagus, 37.09% berpendapat Aaron memang mampu melariskan apa-apa karya pun dan 588 undi berpendapat Aaron bukan faktor penentu yang melariskan karya. Itu ialah keputusan rasmi selepas beberapa hari kami membuka undian untuk topik sama ada Aaron Aziz, pelakon popular masa kini mampu untuk menjadi faktor pelaris sesuatu karya itu. Tidak dinafikan juga, Aaron mempunyai PR yang baik dan fanbase yang besar (kami difahamkan mereka digelar Aaronators).

Ditampilkan jua di sini video yang memaparkan aksi Aaron Aziz dalam filem berbahasa Inggeris yang diarahkan oleh Roslan Hussein dan turut menampilkan aktor Michael Madsen, Prince of the City. Nampaknya Aaron membuat aksi full-twisting layout untuk filem ini. Video ini dimuat naik oleh Julian Cheah yang turut berlakon dalam filem ini. Layan!:

Advertisement

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...