(VIDEO)Adik Beradik Pelarian Syria Dibuli Di Sekolah England, Tetapi Sekolah Tidak Endah

Trending

(VIDEO)Adik Beradik Pelarian Syria Dibuli Di Sekolah England, Tetapi Sekolah Tidak Endah


Dua orang adik-beradik yang merupakan pelarian dari Syria menjadi mangsa buli di sebuah sekolah tinggi di Huddersfield, England.

Advertisement

Dalam rakaman yang tular, pelajar Syria 15 tahun bernama Jamal itu dibuli seorang pelajar kulit putih yang menarik lehernya, dan menindih badannya sambil mencurahkan air ke mulutnya, meniru aksi waterboarding.  Pelajar kulit putih itu mengatakan, ‘aku akan lemaskan kau’ dalam rakaman tersebut yang boleh ditonton di bawah:

Pelajar lelaki dari Syria itu juga pernah patah tangan dibuli pelajar di sekolah itu sebelum ini.

Manakala adik perempuan Jamal bernama Lao yang bersekolah di sekolah yang sama, dilihat mengenakan tudung berwarna merah jambu. Dalam rakaman video, ditolak seorang pelajar perempuan sebelum seorang pelajar lelaki mengejarnya dan cuba menanggalkan tudungnya.

Adik perempuan Jamal dikatakan mengalami kemurungan dan pernah cuba membunuh diri.

Susulan itu, pelajar lelaki kulit putih yang membuli Jamal dalam rakaman video pagi ini telah didakwa di mahkamah juvana kerana menyerang.

Kedua-dua insiden ini dikatakan berlaku di padang Sekolah Komuniti Almondbury.

Video itu mula tersebar setelah seorang pekerja binaan, Mirban Aslam memprotes di hadapan sekolah menerima satu rakaman video dari seorang pelajar yang enggan dikenali.

Pelajar tersebut mengatakan video itu dirakam hari sebelumnya, dan adik beradik dari Syria itu sudah diserang pelajar lain beberapa kali sebelum ini. Khabarnya, kejadian tersebut diketahui oleh pihak sekolah tetapi guru sekolah mendiamkan tentang kes itu, dan meminta agar pelajar tidak berkongsi rakaman tersebut kepada sesiapa.

Saya dapat rasakan pihak sekolah menyembunyikan sesuatu. Tangan si abang pernah patah dan si adik pula sudah diserang beberapa kali ke tahap telah cuba membunuh diri.

Jelas ada yang tak kena. Sekolah ini perlu disiasat. Sekolah ini gagal untuk melindungi mangsa. Sesuatu perlu dilakukan.

Abangnya diserang bulan Oktober lepas dan penyerangnya hanya didakwa pagi ini kerana tekanan dari pihak media.

Saya pun ada anak-anak. Jika pelajar dibuli, terdapat protokol yang perlu diikuti oleh pihak sekolah. Tetapi kenapa sekolah ini tidak ikut protokol tersebut?

Peguam pelajar perempuan yang dibuli, Mohd Akunjee memberitahu Mail Online:

Jumaat lepas dia (Lao) cuba hiris tangannya dengan kaca. Dia sudah diserang setahun setengah lamanya, dan ia bermotifkan perkauman di mana dia dipanggil ‘Arab’ dan negara dari mana dia berasal.

Rakaman video itu didedahkan dan menjadi tular di Twitter.

Netizen seluruh dunia berang dengan sikap pembuli itu, terutamanya pihak sekolah yang sengaja tidak berbuat apa-apa. Satu tabung dalam talian telah diwujudkan oleh Netizen untuk membantu adik-beradik tersebut dari segi kewangan.

Malah pemilik sebuah pusat seni pertahanan diri Huddersfield memberitahu akan mengajar Jamal dan adiknya seni pertahanan diri secara percuma jika mereka sudi. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...