(VIDEO)”Acah Merdeka Macam Gigih Belajar. Padahal Jadi Sampah Dekat Sekolah”

Trending

(VIDEO)”Acah Merdeka Macam Gigih Belajar. Padahal Jadi Sampah Dekat Sekolah”

Dua video viral di media sosial menunjukkan sekumpulan pelajar yang masih memakai seragam sekolah meraikan hari terakhir peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dalam video itu, pelajar-pelajar lelaki dan perempuan dilihat melompat keriangan di atas motosikal, beraksi dengan motosikal, serta mengosongkan isi tangki pemadam api.

Advertisement

Ia mendapat reaksi dari Netizen yang menyifatkan semua pelajar-pelajar ini sebagai ‘budak-budak kelas hujung’ yang tidak begitu cemerlang dalam pelajaran.

“Bakal bergaji rendah”

Gaji tinggi tak guna jika tiada adab

“Janji ada duit dan pendidikan”

“Budak kelas belakang memang begini”

Namun ada yang bersikap positif dan meminta orang ramai agar mendoakan pelajatr-pelajar tersebut.

“Hanya Allah tahu kesudahan hidup mereka”

Apa pun, gejala seperti ini boleh dikatakan sesuatu yang membimbangkan. Ramai generasi terdahulu tidak meraikan hari terakhir peperiksaan dan persekolahan dengan cara berbahaya seperti ini.

Mungkin sesuatu patut dilakukan untuk mengelakkan ia berlaku lagi? Diharap ini bukanlah cerminan sistem pendidikan yang gagal. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...