Sungguh memalukan!!! Itulah kata-kata yang mampu diungkapkan apabila melihat video Project Alpha Budiey dan BeautifulNara di atas. Sesungguhnya terserlah betapa pengecutnya Abang Nara. Nampak sangat cuma tahu bercakap besar tapi bila berhadapan dengan kenyataan tak reti nak buat pulak. Kecewa kami dibuatnya.
Tapi dalam episod 4, Abang Nara cuba menunjukkan kemachoan dirinya dengan melakukan Flying Fox. Nak tau berjaya ke tak, anda kenalah saksikan video kat atas tue. Semua aktiviti-aktiviti extreme nie dilakukan di Sunway Extreme Park. Kami cadangkan anda mencuba. Memang menarik, tertarik, kau memang da bom!!!
P.S: Bukan niat Abang Nara untuk mencuri limelight di dalam episod Budiey. Kepada peminat-peminat Budiey, maafkan kami ye. Oh ya, dan sesungguhnya Abang Nara memang poyo di dalam kehidupan sebenarnya. Jadi apa yang anda lihat, itulah diri dia yang sebenar.