Seorang wartawan sebuah stesen televisyen di Perancis akui berazam untuk lebih mendekatkan diri dengan agama Islam selepas menziarahi Allahyarham Nurly Sahirah Azman di Kampung Gong Pasir, Besut, Jumaat lalu.
Kongsi bapa arwah, Azman Mohamed, 63, lelaki itu dikenali sebagai Muhammad Aris memberitahu hatinya tersentuh saat menziarahi pusara arwah.
Muhammad Aris yang berkunjung ke rumah keluarga arwah bersama adik perempuannya, Fatimah juga berkata dia tersentuh apabila menatap naskah al-Quran tulisan tangan Nurly.
Mereka juga memberitahu terhidu bau haruman sewaktu menziarahi kubur Nurly. Sejujurnya saya sekeluarga belum pernah berkesempatan menikmati bau yang dikatakan itu.
Menerusi TikTok, rakaman memaparkan Muhammad Aris dan Fatimah tular dan kehadiran mereka disambut baik serta mencuri perhatian ramai.
Video itu menunjukkan dua beradik tersebut yang juga fasih berbahasa Melayu sedang membicarakan tentang arwah Nurly dan berborak dengan bapa Almarhum.
Saya Islam sebab saya jumpa orang orang yang mencintai Allah.
@_.eeiqwan Saya boleh buktikan bahawa itu memang berlaku,” ujar wartawan dari Paris itu, selepas hadir ke rumah Almarhumah Nurly Sahirah Binti Azman dan berkongsi pengalaman beliau yang menyentuh hati. #nurlysahirah #upsi #foryourpage #30juz #RezekiAllahSWT #alfatihah #alhamdulillah #france🇫🇷 ♬ original sound – Aki Seruling – AKI Seruling
Fatimah pula sempat memuji dan mengucapkan tahniah kepada Azman kerana berjaya mendidik anak sehingga ke tahap begini.