Baru-baru ini, pelakon, Zain Saidin telah mendapat perhatian orang ramai selepas membuat jualan baju terpakai isterinya, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta.
Menerusi video yang tular di laman TikTok, Zain dilihat menyertai jualan but kereta atau car boot sale yang diadakan di Kota Damansara.
Bukan itu sahaja, pelakon kacukan Melayu-Inggeris itu turut menjual baju terpakai isterinya dengan harga serendah RM5 sehelai.
Suami jual baju isteri.
@beautifulnara Zain dapat masuk rumah ke tu? #sembangentertainment #zainsaidin #rozitachewan
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berseloroh mempersoalkan sama ada tindakan Zain itu sudah mendapat kebenaran Che Ta atau tidak.
Malah, ada juga netizen yang memuji pasangan pelakon itu kerana menjual baju terpakai atau ‘pre-loved’ dengan harga yang murah.
Mana tidaknya, ramai yang sudah mengetahui tentang fesyen yang digayakan oleh Che Ta semuanya berjenama mewah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.