Tindakan pemain bola sepak wanita, Syafiqa Erisya, memuat naik video menari bersama pelakon Yusof Bahrin di TikTok nyata mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen.
Dalam rakaman yang dikongsikan, kedua-duanya dilihat gembira menari mengikut trend lagu Pica Pica 2 di aplikasi tersebut.
“Kak Zizi Kirana pinjam suami kejap,” tulis Syafiqa pada kapsyen video berkenaan.
Namun, perkongsian itu mencetuskan kecaman ramai kerana dianggap tidak sesuai memandangkan Zizi Kirana kini sedang menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Isteri dia tengah di atas lautan berdepan detik cemas selalu… perlu ke upload video macam ni? Kena jaga hati isteri juga. Kalau saya jadi isteri, memang kecewa.
Respect sikit… bini dia tengah berjuang untuk saudara kita di Gaza. Nak buat content ke apa fikir side lain.
Untuk rekod, selain Zizi, misi kemanusiaan ke Gaza yang berlepas pada 29 Ogos lalu turut disertai aktivis pro-Palestin termasuk pelakon Ardell.
Difahamkan, sekitar 20 kapal berlayar dari Sepanyol minggu lalu dengan tujuan membuka koridor kemanusiaan serta menghentikan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin dalam konflik Israel-Hamas.
Rombongan itu dijangka tiba di Gaza pertengahan September selepas dua percubaan sebelum ini pada Jun dan Julai gagal berikutan dihalang pihak Israel.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini turut mengisytiharkan krisis kebuluran di Gaza dengan lebih 500,000 penduduk kini berada dalam keadaan amat kritikal.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.