(VIDEO) “Yang Tak Boleh, Kepada Yang Wajib Puasa..” – Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum Hantar Makanan Pada Yang Tak Berpuasa

Kehidupan

(VIDEO) “Yang Tak Boleh, Kepada Yang Wajib Puasa..” – Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum Hantar Makanan Pada Yang Tak Berpuasa

Di bulan Ramadan yang mulia ini, disebabkan banyak kedai makanan yang ditutup pada siang hari, ramai yang mengambil pilihan lain iaitu menggunakan khidmat penghantar makanan Namun, pekerjaan menghantar makanan atau menjadi rider itu dibolehkan jika ia dihantar kepada orang yang tidak berpuasa.

Hanya untuk yang tak wajib puasa

Menurut penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus, pesanan tersebut haruslah daripada mereka yang tidak wajib berpuasa dan bukan daripada mereka yang wajib berpuasa.

Advertisement

Tambahnya, golongan-golongan yang tidak wajib berpuasa adalah wanita yang datang haid, orang tua yang sudah tidak larat berpuasa, kanak-kanak dan meraka yang musafir.

Yang tidak boleh kita hantar makanan, beri makanan atau hadiahkan makanan kepada orang yang wajib berpuasa, tapi dia sengaja tidak berpuasa.

 

Contohnya, budak-budak muda kampung yang wajib puasa tapi ponteng, haram kita jual.

ponteng puasaSumber : Gambar hiasan  

Hasil rezeki tak berkat

Bukan itu sahaja, dalam sebuah video yang dikongsi, Azhar juga berkata ketika bulan ini akan ada ramai peniaga yang cuba mengaut keuntungan dengan menjual makanan kepada mereka yang memonteng puasa.

Namun begitu, rezeki yang diperolehi boleh jatuh haram sekiranya dijual dengan sengaja kepada mereka.

Geng-geng tak puasa ini ramai, meniaga laku dapat duit. Tapi ingat duit ini haram. Jika tauke kedai belanja makan anak bini (dengan duit haram) tidak diterima sembahyang kerana rezeki yang haram.

 

Akhirat nanti masuk neraka. Nabi ada sebut, tiap-tiap badan yang masuk hasil haram, perniagaan yang haram maka layak masuk neraka.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bazar
1 month ago

"Maaf Kami Terpaksa Boikot.." - Peniaga Dakwa Kos Bahan Mentah Mahal Punca Kenaikan Harga, Netizen Pakat Boikot Bazar Ramadan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...