Tular di media sosial baru-baru ini apabila sebuah video menunjukkan satu pergaduhan yang berlaku di sebuah stesen minyak yang tidak diketahui lokasinya.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila perbalahan itu dipercayai melibatkan beberapa orang yang difahamkan mempunyai pertalian keluarga.
Apa kes? pic.twitter.com/cjLOjVaiBM
— * (@anthraxxx781) May 4, 2022
Pergaduhan yang boleh dianggap ‘besar’ itu dilihat berlaku di tepi jalan dan ia juga menimbulkan sedikit kesesakan jalan raya kerana orang ramai memperlahankan kenderaan untuk melihat apa yang sebenarnya berlaku.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa ingin tahu mengenai sebab dan punca mengapa perbalahan itu terjadi malah lebih membimbangkan apabila ada juga ibu hamil yang terlibat.
Netizen juga berasa terhibur dengan pengulas video tersebut yang berseloroh dan bersikap kelakar sepanjang dia mengulas pergaduhan tersebut.
Apa-apapun harap pergaduhan tersebut dapat menemui jalan penyelesaian lah ya!