Pelakon, usahawan dan kini bergelar penyanyi, Nur Fazura baru sahaja melancarkan lagu baharu berjudul Luar Biasa hasil kolaborasi bersama pemuzik terkenal Indonesia, Ade Govinda.
Sebelum ini, usahawan jelita itu ada menghasilkan lagu raya duet bersama Syasya Rizal ketika sambutan Aidilfitri yang lalu.
Karya lagu Luar Biasa itu difahamkan ditulis sepenuhnya oleh Ade Govinda, tampil lebih ‘fresh’ berserta melodi yang lebih beremosi namun membangkitkan semangat.
Fazura ketika ditemui dalam majlis pelancaran lagu berkenaan malam tadi tampil meluahkan rasa teruja kerana dapat menjadi sebahagian daripada projek ini.
Saya sangat tersentuh dengan lirik ‘Jatuh itu biasa, bangun itu luar biasa’. Ia benar benar menggambarkan hakikat hidup kita semua ada perjuangan sendiri.
Tapi yang penting adalah semangat untuk bangkit demi diri sendiri dan orang tersayang. Dengan niat yang baik dan keyakinan kepada Allah, kita mampu menghadapinya dengan tenang.
Lagu Luar Biasa telah dilancarkan secara rasmi pada 20 Jun 2025 dan kini boleh dinikmati di semua platform penstriman digital muzik dan video muziknya juga boleh ditonton di YouTube.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.