Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

[VIDEO] Wayang Kulit, Seni Warisan Yang Hampir Lenyap. Mampukah Tok Dalang Dari Kelantan Ni Sambung Legasi?

Jika berbicara tentang wayang kulit, generasi hari ini mungkin mengenalinya sebagai salah satu warisan Melayu. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan ada yang tidak pernah melihatnya secara nyata.

Tahukah korang, di Malaysia terdapat 4 jenis wayang kulit yang dimainkan iaitu Wayang Kulit Melayu, Wayang Kulit Gedek, Wayang Kulit Purwa (Wayang Kulit Jawa) dan Wayang Kulit Siam.

Advertisement

Wayang kulit ni sebenarnya merupakan seni teater tradisional yang berasal dari Tanah Jawa Indonesia yang telah wujud sejak berkurun abad yang lalu dan kemudiannya berkembang menjadi budaya serumpun.

Ia pernah menjadi medium hiburan masyarakat dan kadangkala dikaitkan dengan unsur ritual yang terdapat di sesebuah kawasan.

Paling menarik, setiap seni persembahan wayang kulit adalah berbeza dan membentuk identiti tersendiri dalam masyarakat. 

Tapi sayangnya, kemajuan teknologi mula menyebabkan seni tradisional semakin dilupakan dan wayang kulit turut menjadi mangsa apabila generasi muda tidak lagi berminat dengannya.

Advertisement

Pak Cu tok dalang Cina cari pengganti sambung legasi

Keindahan seni wayang kulit membuatkan Pak Cu atau nama sebenarnya Eyo Hock Seng menceburi bidang seni ini lebih 40 tahun yang lalu dan menjadi satu-satunya tok dalang yang berbangsa Cina di Kelantan.

Namun begitu, menerusi video yang dirakam cucunya, jelas riak kesedihan Pak Cu apabila wayang kulit mula kehilangan penonton dan daripada tujuh orang anaknya langsung tiada seorang pun yang menunjukkan minat untuk mewarisi bakat seni itu.

Cucu sedih wayang kulit hilang peminat

Dalam filem ini menunjukkan, Eyo Adam yang membesar dengan melihat Ah Kongnya menjadi Tok Dalang merasa sedih kerana jumlah penonton yang datang menyaksikan wayang kulit semakin berkurang.

Bagi Adam, dia berbangga Ah Kongnya bermain wayang kerana dia dapat melihat kegembiraan yang terpancar daripada riak wajah datuknya apabila menyampaikan cerita disebalik kelir (layar putih).

Adam telah merakam sendiri keindahan seni wayang kulit melalui lensa kameranya untuk dikongsi bersama generasi muda.

Walaupun tidak sama seperti menyaksikan wayang kulit sebenar, namun dia tahu rakamannya dapat menarik minat orang ramai untuk lebih mengetahui tentang seni itu dan menggembirakan Ah Kongnya.

Advertisement

Kisah Adam ini boleh disaksikan di bawah menerusi rakaman yang dibuat menggunakan telefon pintar iPhone 12 Pro Max.

Adam Eyo penerus warisan wayang kulit

Pak Cu kini sudah mampu tersenyum bangga kerana Adam dalam diam menunjukkan minat mempelajari warisan itu.

Dia menyedari bakat pada cucunya ketika kanak-kanak itu berusia 6 tahun, kerana minatnya Pak Cu sanggup membuat beberapa patung wayang kulit dan mengajarnya bermain gendang supaya Adam dapat berlatih dan bermain bersama, seterusnya menyambung legasi wayang kulit di masa akan datang.

Teknologi dan budaya saling melengkapi

Dalam perkembangan teknologi yang semakin pesat, budaya warisan tidak seharusnya dilupakan. Menjadi tanggungjawab generasi muda pula untuk mempertahankan budaya yang menjadi identiti negara sebagai warisan kepada generasi akan datang.

Macam yang korang lihat, dalam kisah Adam ini dia memanfaatkan sistem canggih yang terdapat pada kamera iPhone 12 Pro Max dengan Cinema Grade Dolby Vision serta keupayaannya untuk merakam suasana cahaya rendah kehidupan di layar, dan menyampaikannya kepada masyarakat yang lebih luas menggunakan rangkaian No.1 Malaysia, Maxis.

Korang pun sebenarnya boleh memiliki iPhone 12 Pro Max sendiri dengan ansuran yang berpatutan setiap bulan, menggunakan pelan Maxis Zerolution.

Dipadankan dengan rangkaian yang luas dan stabil, Maxis ialah pelan pascabayar terbaik untuk  iPhone 12 Pro Max korang. Kalau nak tau lebih lanjut tentang pelan ni, korang boleh klik di SINI.

Semoga dengan teknologi, kita dapat menyebarkan keindahan budaya warisan dan memupuk minat lebih ramai orang untuk mempelajarinya.

Kalau tadi tengok video Adam dengan Pak Cu, korang boleh saksikan juga video belakang tabirnya. Makin bertambah respect pada Pak Cu ni.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top