Pelawak dan penyampai radio, Shuib bersama tunangnya, Watie Hanifah kini sedang menghitung hari pernikahan mereka yang bakal berlangsung 10 hari lagi.
Malam semalam telah berlangsung dengan meriah majlis malam berinai pasangan tersebut bertemakan padang pasir dihadiri oleh keluarga serta rakan terdekat.
Menerusi TikTok, Watie sering memuat naik video di balik tabir majlis majlis penting menjelang hari bahagianya termasuklah malam berinai serta majlis khatam semalam.
Salah satu video menunjukkan Watie menggayakan busana songket traditonal berserta aksesori di tangan dan kepala meraih perhatian netizen.
Video yang mendapat lebih 2.4 juta tontonan itu menerima komen double meaning dek kerana busana tersebut dikatakan terlalu ketat serta tidak sesuai dengan imejnya yang bertudung.
Selalunya kita akan lihat lelaki yang komen sebegini tetapi video Watie ini turut meraih perhatian kaum Hawa dan sesetengah daripada mereka memberikan komen tentang hal yang sama.
Ada yang akui mereka sebagai wanita berasa malu selepas melihat Watie berpakaian ketat sebegitu dan menjadi tatapan umum.