Video Warden Pijak Pelajar Asrama Disahkan Benar Oleh Polis

Trending

Video Warden Pijak Pelajar Asrama Disahkan Benar Oleh Polis

Polis mengesahkan rakaman sebuah video pelajar sekolah yang dipukul oleh seorang warden di sebuah Sekolah Vokasional di Sungai Buloh yang tersebar menjadi viral di media sosial semalam adalah benar.

Menurut BERNAMA,Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar berkata pihaknya sedang menyiasat kes berkenaan dan meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu.
Screen Shot 2016-05-10 at 7.47.59 AM

Advertisement

Polis menerima laporan berkaitan kes itu daripada seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun dari sekolah terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh pada 10.25 pagi semalam.

Abd Rahim berkata hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada 5.30 petang Khamis lepas di asrama Kolej Vokasional Sungai Buloh dan video kejadian yang dirakam mula tersebar di laman media sosial petang semalam.

Beliau berkata polis menjalankan siasatan kes mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.

Semalam, video berdurasi seminit 10 saat yang merakamkan seorang pelajar sekolah dipijak oleh seorang warden tersebar di laman media sosial.
Tindakan warden tersebut menghenyak-henyak pelajar tersebut berulang kali dilihat berlebihan dalam melempiaskan kemarahan sehinga terpaksa ditenangkan oleh pelajar yang lain. Malah pelajar yang menenangkan warden terbabit juga meminta warden mengucap dan beristighfar kerana tindakannya keterlaluan.-amazingnara.com

MENARIK BULAN MEI 2016 OLEH JKKN 1) PESTA AIR CHENOR PAHANG TARIKH : 13, 14 & 15 Mei 2016 TEMPAT : Kampung Chenor, Pahang TEL : 09-517 8466 (JKKN Pahang) 2) BANGSAWAN PANGLIMA SEGENTA ALAM TARIKH / MASA : 13, 14 & 15 Mei 2016 / 8.30 Malam TEMPAT : Auditorium DBKL, Kuala Lumpur TIKET : RM10, RM25 & RM50 3) KONSERT CAKLEMPONG XTRAVAGANZA TARIKH / MASA : 20 Mei 2016 / 8.30 Malam TARIKH / MASA : 21 Mei 2016 / 3.00 Petang TEMPAT : Auditorium D'Sury, Kompleks JKKN Negeri Sembilan TIKET : RM10 & RM20 TEL : 06-767 6793 / 763 6308 / 763 5193 (JKKN N9) 4) PANGGUNG SENI TRADISIONAL : OPERA BONEKA CINA TARIKH / MASA : 27 & 28 Mei 2016 / 8.30 Malam TEMPAT : Dewan Tunku Abdul Rahman, MaTiC, Kuala Lumpur TIKET : RM20 & RM50 5) DIKIR BARAT PERDANA TARIKH / MASA : 27 & 28 Mei 2016 / 8.30 Malam TEMPAT : Uptown RTC Kelantan, Tunjong, Kota Bharu, Kelantan TEL : 09-741 7000 (JKKN Kelantan) 6) FESTIVAL LESUNG KEDAH TARIKH : 27 & 28 Mei 2016 TEMPAT : Muzium Padi, Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah TEL : 04-731 5930 (JKKN Kedah) Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-2614 8200. #jkkn #mysenibudaya

A photo posted by JKKN (@mysenibudaya) on

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...