Tidak dinafikan, kepadatan jadual waktu menyebabkan kita terlalu sibuk hingga tidak sempat untuk memeriksa kawasan sekeliling. Tambahan lagi, apabila melibatkan kenderaan seperti kereta.
Pun begitu, kejadian yang berlaku pada wanita ini jelasnya mengejutkan dek kehadiran haiwan berbisa itu.
Menurut perkongsian seorang wanita Adilakaman di laman Twitter, perjalanan pulang ke rumah kediaman menimbulkan seribu tanda tanya apabila dia terlihat darah yang menitik sejurus turun dari kereta.
Bukan itu sahaja, darahnya yang likat sehingga dihurung lalat besar amat membimbangkan wanita itu.
Nak dijadikan cerita, wanita ini dalam perjalanan untuk mengepam tayar. Tiba-tiba dia terbau bau bangkai dan menyedari sesuatu yang pelik dari dalam keretanya.
“Tiba-tiba balik kerja, kereta bau macam bangkai. Kebetulan berenti nak pi boh angin tayar, lepas tu perasan macam ada darah menitik. Likat. Pastu banyak lalat besar datang hurung”
Tambah pemandu wanita ini, dia hanya ulak-alik untuk ke tempat kerja sahaja dan tidak melalui kawasan seperti pokok besar yang mengundang kehadiran haiwan itu.
Setelah meminta bantuan rakan terdekatnya, ular tersebut masih lagi tidak dapat dikeluarkan kerana saiz nya yang agak besar. Malahan, ekornya sudah melengkor hingga ke dashboard lagi. Fuh seram!
TEASER//TW: Ular susah untuk dikeluarkan sebab ekor dia dah naik sampai dashboard. Habis depa kena bukak kereta aku. Aku cakap bukak lah apa pun, asalkan ular keluar. Nanti aku pi bengkel. ? pic.twitter.com/fvmSSIgOek
— AdilaKaman. (@adilakaman) April 1, 2021
TW: Depa tak habis habis kata ni kalau makan kaki aku, senang senang ja ni. pic.twitter.com/eWbp52wY2o
— AdilaKaman. (@adilakaman) April 1, 2021
TW: Aku memang hari-hari rumah-offife sahaja. Tak ada hutan. Hutan konkrit saja. Tapi tengok lah…
Periksalah kereta anda! pic.twitter.com/f48SdpQvRD
— A.K (@adilakaman) April 1, 2021
Hasil pembukaan alatan kereta, akhirnya ular tersebut berjaya dikeluarkan setelah 3 jam. Ular yang mempunyai panjang sehingga 3.5 meter tersebut telah ditarik keluar dengan jayanya sebelum kenderaan itu dibasuh.
TW: Meow……….. Why? pic.twitter.com/6ZZ5GGlwt3
— AdilaKaman. (@adilakaman) April 1, 2021
Dah la susah susah keluarkan, now tolong basuhkan kereta lagi. Pastu kena pasang balik semua yang depa bukak tadi. pic.twitter.com/0aV2vgvzmV
— A.K (@adilakaman) April 1, 2021
Fuh, nasib baiklah tidak ada perkara yang berbahaya berlaku kerana ular tersebut pun sudah mati. Kata wanita ini, dia masih lagi teringat-ingat bau bangkai yang menusuk itu. Mana tidaknya, sudah tersepit dalam enjin kan.
Semoga perkongsian ini memberi kesedaran buat semua untuk lebih peka ya, malang memang tidak berbau, tetapi tidak rugi jika kita sentiasa berhati-hati.
SUMBER