Satu video daripada pencipta kandungan Malaysia iaitu Sam Wong telah menjadi viral apabila lelaki itu mendedahkan mengenai gaya hidup mewah seorang wanita muda yang kononnya ‘bekerja’ sebagai ‘Sugar Baby’.
Video yang dirakam secara rawak itu telah menemukan Sam dengan seorang wanita muda ini yang ‘terlalu jujur’ mengenai hasil pendapatannya yang banyak sekaligus membolehkan dia hidup mewah.
Bergaya mewah hampir RM176,000!
Malah wanita muda itu turut menunjuk busana dan aksesori yang dipakainya ketika temu ramah itu hampir mencecah RM176,000.
Dari skirt pendek yang kelihatan sederhana dan baju crop top yang dibeli di Thailand, wanita itu kemudian mendedahkan harga cermin mata hitam (RM2,000), cincin (RM8,500), jam tangan mewah (RM36,000) dan beg tangan yang bernilai RM51,000.
Kongsi wanita itu, hasil pekerjaannya sebagai ‘sugar baby’ itu, dia menerima elaun bulanan setinggi RM15,000 sebulan dan mengaku tentang sebab utama dia menjalani hidup seperti itu adalah untuk memastikan kewangannya stabil dan dapat memiliki gaya hidup mewah.
Ujarnya lagi, dia berasa gembira melakukan ‘pekerjaan’ tersebut dan turut menetapkan ‘standard’ teman lelaki yang cuba mendekatinya perlu memberi wang sebanyak RM20,000 sebulan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.