Tular di media sosial semalam mengenai sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok memaparkan seorang wanita dilihat mengamuk gara-gara teman lelakinya ‘kantoi’ sudah berkahwin dan mempunyai anak.
‘Drama’ kecurangan itu sempat dirakam individu terbabit di mana reaksi wanita itu dilihat menjerit dan menyerang lelaki dipercayai kekasihnya.
Lelaki itu pula difahamkan bersama isteri dan anak kecilnya sedang menunggu untuk menonton filem di panggung wayang.
View this post on Instagram
Malah, wanita itu juga sempat mendedahkan mesej perbualan bersama lelaki itu kepada isterinya.
Setelah keadaan menjadi kecoh, lelaki berkenaan dilihat hanya mendiamkan diri dan tidak memberikan sebarang reaksi meskipun menjadi ‘spotlight’ orang awam pada ketika itu.
Manakala si isteri pula hanya tercengang di tepi sambil mendukung anaknya.
Berikutan situasi berubah menjadi semakin agresif, dua pengawal keselamatan tampil ke hadapan bagi tujuan menenangkan keadaan gara-gara wanita itu tidak segan silu menjerit dan berulang kali merentap baju lelaki berkenaan sehingga koyak.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil meluahkan rasa simpati kepada isteri dan anak lelaki itu yang pastinya kecewa setelah mengetahui kecurangan suaminya.
Meskipun kelihatan tenang dan tidak bertindak mengeruhkan lagi keadaa, netizen menyangka si isteri sudah tentu hancur hati dan terluka apabila terjadinya kisah perit seperti ini.
Di sebalik tenangnya isteri, di dalam hati pasti hancur sangat. Depan anak, depan umum, doa buat kamu dari jauh.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.