Untuk ibu yang sedang mengandung, perkara yang paling menyakitkan apabila mereka perlu menahan sakit dalam kereta tanpa boleh melakukan apa-apa untuk menghilangkan kesakitan yang dilalui.
Sama seperti seorang wanita di TikTok ini, dia bercerita bahawa dirinya terpaksa berdepan dengan situasi cemas semasa dalam perjalanan pulang daripada kampung halaman di Kuantan, Pahang.
Wanita hamil tersebut berasa tidak selesa di bahagian alat sulit serta sakit perut, lalu memeriksa bahagian berkenaan dan mendapati berlakunya pendarah.
Kerana risau tentang keadaan bayi dalam perut, suaminya mengambil keputusan memasang hazard light serta lalui laluan kecemasan dan pada awalnya, semua kereta memberi laluan, namun terdapat satu van secara tiba-tiba menghalang mereka.
Pemandu terbabit sengaja menempatkan vannya separuh di laluan kecemasan, menyebabkan kereta mereka tidak dapat lalui laluan kecemasaan berkenaan kerana ruang terlalu kecil.
Tidak mempunyai jalan lain, si suami terpaksa menggunakan laluan biasa yang ketika sedang berlakunya kesesakkan lalu lintas.
Setelah selamat tiba di hospital, doktor memberitahu kandungan wanita itu dalam keadaan baik dan pendarahan berlaku akibat dari komplikasi geseran uri saja.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsikan kisah yang sama dilalui oleh mereka serta memberi tips kepada pasangan itu seandainya menghadapi situasi yang sama.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.