(Video) Wanita Ditahan Selepas Berdegil Tidak Mahu Memakai Topeng Muka Dan Meludah Pada Orang Awam

Trending

(Video) Wanita Ditahan Selepas Berdegil Tidak Mahu Memakai Topeng Muka Dan Meludah Pada Orang Awam

Seperti yang diketahui umum, wabak coronavirus semakin menular di seluruh dunia dengan jumlah kes yang semakin meningkat. Wabak yang tercetus dari Wuhan, China ini telah menyebabkan kerajaan China menutup bandar itu buat sementara waktu bagi mengelakkan penularan wabak menjadi lebih serius.

Baca: Saintis Mahu Putuskan Sebarang Interaksi Wuhan Dengan Seluruh Dunia Untuk Hentikan Penyebaran Wabak Coronavirus

Advertisement

Seorang wanita dikenali sebagai Qui ditahan pihak berkuasa selepas berdegil tidak mahu memakai topeng muka di daerah Shenzhen. Untuk pengetahuan anda, pihak berkuasa tempatan telah mengumumkan pemakaian topeng muka diwajibkan di kawasan itu sejak 26 Januari lalu.

Sesiapa yang tidak mematuhi arahan itu boleh dihukum kerana tidak membantu dalam membanteras wabak ini. Qui yang keluar di pusat membeli belah itu telah ditegur oleh beberapa pekerja dan orang awam untuk memakai topeng muka. Malah, pekerja di pusat membeli belah itu berkata akan menghalaunya jika dia masih berdegil.

wanita ditahan

Pergaduhan berlaku di antara mereka dan Qui telah bertindak meludah kepada pelanggan yang lain. Video yang dirakamkan oleh saksi kejadian dipercayai berlaku di pusat membeli belah Kingkey Banner Center.

Advertisement

Wanita itu dilihat masih berdegil dan melawan pihak polis sebelum menendang pihak polis yang cuba menggarinya.

Dia kemudian dibawa ke Kangning Hospital untuk pemeriksaan dan hasil pemeriksaan itu memberitahu dia bebas daripada wabak tersebut. Walaupun begitu, dia ditahan dan disoal siasat oleh pihak polis kerana telah melanggar arahan yang ditetapkan.

Wabak coronavirus telah diumumkan sebagai situasi kecemasan antarabangsa oleh World Health Organization (WHO) pada minggu lalu. Untuk artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: WHO Isytihar Wabak Wuhan Coronavirus Situasi Kecemasan Antarabangsa, Cadang Langkah Halang Penyebaran Wabak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...