(VIDEO) “Wanita Datang Haid Boleh Datang Masjid Ketika Solat Raya Aidilfitri” – UAI

Kehidupan

(VIDEO) “Wanita Datang Haid Boleh Datang Masjid Ketika Solat Raya Aidilfitri” – UAI

Wanita yang sedang haid dibolehkan hadir ke masjid ketika solat sunat hari raya, menurut penjelasan penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus.

Beliau berkata, walaupun wanita dalam keadaan haid tidak dibenarkan menunaikan solat, mereka tetap disunatkan hadir ke masjid bagi bersama-sama berhimpun dan mendengar khutbah hari raya.

Advertisement

“Nabi dah cakap, orang perempuan jika tiada tudung bagi dia tudung, jika dia datang bulan pun disuruh atau disunatkan datang masjid ketika solat raya.”

“Bukan suruh solat, tapi ambil barokah dan sama-sama berhimpun mendengar khutbah hari raya, hebatnya solat sunat raya ni.”

Menurutnya lagi, wanita yang haid tidak dibenarkan solat, namun boleh berada di kawasan masjid untuk mendengar khutbah serta meraikan suasana hari raya.

“Jika wanita ‘kedatangan darah’, ia tetap darah dan memang tak dibenarkan untuk solat bersama, jangan masuk di dalam masjid, duduk di kawasan masjid, dengar khutbah.”

“Tapi bezanya dengan solat lain adalah berhimpun bersama-sama untuk mengimarah dan meraikan hari raya itu.”

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

christy emliy
2026-03-07 15:40:36

Christy Ng Menang Kes Fitnah, Mahkamah Perintah Permohonan Maaf Terbuka Dan Perintah Injuksi Dari 'Archnionverse'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...