(Video): Wanita China Disamun, Suspek Seorang Anggota Polis Berpangkat Koperal

Trending

(Video): Wanita China Disamun, Suspek Seorang Anggota Polis Berpangkat Koperal

Seorang koperal polis ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kejadian menyamun seorang wanita warga China di Jalan Perdana 3/10 Pandan Perdana, Ampang, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintendan Mohd Azam Ismail berkata,  mangsa merupakan seorang jurujual berusia 29 tahun ketika itu sedang minum bersama rakannya di sebuah kedai makan berhampiran lokasi kejadian kira-kira jam 7 malam.

Advertisement

Mangsa kemudiannya dihampiri tiga lelaki disyaki warga tempatan yang memperkenalkan diri sebagai anggota polis. Mereka telah memegang kedua-dua tangan wanita itu dan menariknya ke kawasan letak kereta.

“Jeritan wanita terbabit meminta tolong didengari orang awam yang berada di lokasi yang kemudian memberikannya bantuan.”

Seorang lelaki berusia 46 tahun yang juga koperal polis ditahan orang awam di lokasi terbabit, manakala dua lagi rakannya sempat melarikan diri.

Semakan mendapati suspek berkenaan adalah anggota polis berpangkat koperal, namun dia dalam status ditahan kerja.

“Dalam kejadian itu, mangsa dilaporkan mengalami kerugian wang tunai kira-kira RM5,000 dan kehilangan barangan peralatan solekan. Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.”

Dia turut memberitahu, pihaknya sudah mengenal pasti identiti dua suspek yang masih bebas dan usaha mengesan mereka sedang dijalankan. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan

Menurutnya, suspek direman bermula hari ini sehingga 30 Ogos ini.

Satu rakaman video berdurasi 29 saat menunjukkan seorang wanita ditarik dan disamun tiga lelaki tular di media sosial hari ini.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...