Seorang wanita membuktikan cintanya terhadap sang kekasih dengan mengahwininya meskipun lelaki itu sedang menjalani hukuman penjara.
Kisah ini berlaku di Jambi, Indonesia dan video ketika hari perkahwinan mereka tular di TikTok selepas dimuat naik oleh pegawai penjara yang bertugas di situ.
Pasangan itu melangsungkan majlis perkahwinan pada 4 Ogos yang lalu dan kata pegawai itu, Eko Putra, dia sering merakamkan apa sahaja moment di sana ketika bertugas.
Menerusi rakaman yang tular itu, ibu banduan lelaki itu dilihat tidak dapat menahan air mata dan menangis melihat anaknya berkahwin.
Jujur terharu pertama kali melihat pernikahan berlangsung di penjara. Tidak ada ibu bapa yang mahu melihat anaknya berkahwin di sebalik tirai besi.”
@ko.ptra Asli terharu ? Pertama kali bgt melihat langsung pernikahan di tahanan ? | #tahananmenikahdilapas #nikahdipenjara #tiktokviral #pernikahanviral #polri #poldajambi ? suara asli – ?????? – Adrian Rifaldhi
Pasangan berkenaan ditemani ibu bapa dan ahli keluarga masing-masing untuk menyaksikan detik indah di hari bahagia mereka dalam majlis yang serba sederhana itu.
Tidak didedahkan mengapa dia dipenjarakan namun menurut Eko pengantin lelaki bernama Usman itu dihukum penjara selama 15 tahun.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.