(VIDEO) Wanita Bengang Kereta Dihimpit, Alasan Pemandu Ini Langsung Tak Munasabah

Trending

(VIDEO) Wanita Bengang Kereta Dihimpit, Alasan Pemandu Ini Langsung Tak Munasabah

Tular baru-baru ini mengenai tindakan sebuah kereta Subaru Oren yang memotong barisan secara tiba-tiba ketika drive thru di Starbucks Seremban 2.

Insiden tersebut telah menyebabkan kereta Axia yang sepatutnya berada di barisan drive thru itu terhimpit dek asakan Subaru yang menguji kesabaran. Eh, apa kes ni?

Advertisement

Berang dengan perbuatan kereta tersebut, pemandu Axia yang juga wanita terus keluar daripada kereta dan mengetuk tingkap pemandu yang tidak berhemah itu. 

Keadaan menjadi lebih panas apabila pemandu tersebut berdegil tidak mahu membuka tingkap kereta. Stres!

Tidak mahu membiarkan wanita itu bersendirian, pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Fizzxuan turut keluar untuk backup wanita tersebut.

Pada awalnya, pemandu Subaru itu tidak mahu membuka tingkap kereta, namun setelah disergah Fizzxuan, pemandu itu pun akur sebelum memberikan alasan yang tidak munasabah.

Luahan itu turut dikongsi di laman Tiktoknya.

“That lady (Axia) memang dah marah dalam kereta sebab asyik dihimpit-himpit, bila ditanya, katanya sebab nak masuk parking (Subaru), tapi cara dia macam nak drive thru!”

Kemarahan ini menjadi lebih hangat kerana mereka sudah pun menunggu selama lebih kurang 30 minit untuk memesan makanan. Adoi memang cari pasal la pergi himpit kereta orang!

Advertisement

“Kereta Subaru tu terus kedepan, mungkin dia nak parking..tapi bila akak Axia tu kedepan, dia pun kedepan juga, takda pun nak bagi signal ke apa…”

Wanita tersebut kemudiannya hanya dine-in didalam kerana tidak mahu memanjangkan lagi isu. Pun begitu, sebagai pemandu berhemah, janganlah bertindak melulu ya.. nak bagi alasan pun biarlah munasabah..first come first serve lah kan?

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...