Tindakan seorang pelajar universiti yang berkongsi video TikTok sambil menari dan menyindir wanita yang membeli pil pencegah kehamilan Postinor ternyata telah mengundang kecaman warga maya.
Difahamkan, siswi tersebut seolah-olah menghakimi setiap wanita yang membeli pil pencegah kehamilan sebagai bujang dan belum berkahwin.
kalau aku jumpah minah tudung mcm ni time i beli pill, mmg aku lempang kuat2 bodoh je pic.twitter.com/dH24BU3gP8
— Scorpio ? (@glowinputaaa) January 26, 2022
Meskipun video tersebut telah pun dipadamkan oleh pemilik sebenar, tindakan pantas netizen memuat naik kembali rakaman tersebut telah mencetuskan perasaan kurang senang orang yang melihatnya.
Malah, gadis tersebut khabarnya berkemungkinan berhadapan tindakan tatatertib apabila ada pihak yang telah mengadu keterlanjuran perlakuan siswi itu kepada pihak universiti.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen beranggapan pelajar itu sangat biadap dan cenderung membuat kesimpulan hanya dengan menilai luaran seseorang.
Malah, ada sesetengah netizen turut berkongsikan pengalaman yang sama apabila mereka ditanyakan status perkahwinan oleh ahli farmasi ketika ingin membeli pil pencegahan kehamilan itu.
Ianya tentu sahaja menimbulkan kurang senang dan tidak selesa kerana ia melibatkan privasi individu.
Sekadar info, pil pencegahan kehamilan seperti Postinor adalah sejenis pil kecemasan bagi mencegah kemungkinan mengandung dan kini tiada syarat untuk membeli pil berkenaan kerana ia mungkin diperlukan oleh mangsa rogol misalnya.