(VIDEO) Wanita Beli Kereta Kancil Guna Duit KWSP Buat Netizen Terharu

Kehidupan

(VIDEO) Wanita Beli Kereta Kancil Guna Duit KWSP Buat Netizen Terharu

Setelah bertahun-tahun Malaysia dijangkiti wabak Covid-19, ramai yang dijangkiti dan ekonomi negara telah banyak terjejas akibat penyakit tersebut. Wabak ini sememangnya mendatangkan kesan yang mendalam bagi rakyat Malaysia dan menjejaskan pendapatan rakyat Malaysia.

Tetapi pada hari Isnin lalu, pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memberi sedikit sinar harapan bagi rakyat Malaysia untuk meneruskan kehidupan.

Advertisement

Itulah yang dikongsi oleh seorang ibu di TikTok, di mana pengeluaran wang tersebut digunakan untuk membeli sebuah kereta berjenama Perodua Kancil. Menurutnya dia berasa sangat bersyukur apabila dia berjaya mendapatkan sebuah kereta.

Walaupun kereta itu hanyalah Perodua Kancil, pemilik video itu atau dikenali sebagai Eyka boleh menarik nafas lega kerana selepas ini dia tidak perlu lagi berpanas hujan bersama dua orang anaknya jika hendak ke mana-mana kerana sebelum ini kenderaan yang dinaiki hanyalah sebuah motosikal.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok berasa sangat terharu dengan video yang dikongsikan dan ramai yang sedar bahawa ramai orang di luar sana yang kurang bernasib baik dalam kehidupan.

pengeluaran khas KWSP
3 years ago

Kecoh Kena Ganti RM12k Jika Keluarkan RM10k, Ini Penjelasan KWSP

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...