(VIDEO) Wanita Bangga Cerita ‘Buang’ Ibu Kandung Di Tandas Melaka Central Tengah Malam – “Tanggang Moden Level Syaitan”

Kehidupan

(VIDEO) Wanita Bangga Cerita ‘Buang’ Ibu Kandung Di Tandas Melaka Central Tengah Malam – “Tanggang Moden Level Syaitan”

Satu video menjadi tular di media sosial dan mengundang kecaman warga maya apabila seorang wanita dilihat bangga menceritakan cara dia meninggalkan ibu kandungnya sendiri di suatu lokasi kerana enggan lagi menjaganya.

Wanita itu memaklumkan bahawa dia dan suami sedang mencari jalan untuk ‘membuang’ ibunya.

Advertisement

Pada awal perancangan, wanita itu dan suaminya bercadang untuk meninggalkan ibu mereka di perhentian bas.

Namun, mereka merubah perancangan dan memutuskan untuk pergi ke Melaka Sentral dan wanita itu sempat mengambil duit ibunya sebanyak RM400.

Saya minta ampun dekat emak, saya tak tinggal tepi jalan tapi tinggal emak dekat toilet Melaka Sentral.

Masa emak saya nak p toilet tu la, saya bukak kasut, dengan Hawa (anak), saya masuk toilet, saya bukak kasut dan terus berlari keluar dari tandas.

Difahamkan ibu kandungnya itu mengalami kecelaruan mental dan tidak sihat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan wanita itu sebagai si tanggang moden kerana bangga menceritakan mengenai pengabaian ibunya secara terbuka.

Kenapa cara dia cite tu cm xde perasaan bersalah ke apa? Mental la org mcm ni. Xfaham aku. Kalo aku 15min je rse bersalah pusing balik minta maaf byk2 takut masuk neraka satu hal lepas tu cm jd penyesalan lak seumur hidup.

Setakat artikel ini ditulis, nasib ibu yang dibuang oleh wanita itu belum dipastikan keadaannya.

Inspektor Sheila
1 year ago

(VIDEO) "Cantik Pulak Dia Ni" - Inspektor Sheila Kembali, Dari Pegawai Polis Ke 'Influencer' Kosmetik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...