(Video) : Wang Tunai RM1,574 Dicuri Penumpang, Wajah Pencuri Dirakam “back cam” Pemandu Grab.

Trending

(Video) : Wang Tunai RM1,574 Dicuri Penumpang, Wajah Pencuri Dirakam “back cam” Pemandu Grab.

Seorang pemandu Grab kerugian S$500 (RM1,574) selepas dompetnya diambil oleh penumpang yang tidak bertanggungjawab dalam kejadian yang berlaku pada 23 Julai lalu.

Advertisement

Kejadian tersebut telah dirakam oleh ‘back cam’ yang dipasang oleh pemandu Grab. Sulaiman menunjukkan lelaki tersebut duduk di bahagian tengah sambil merapatkan badannya pada Sulaiman kononnya mahu menunjukkan arah jalan ke destinasi yang ingin dituju.

Dalam masa yang sama, lelaki terbabit memerhatikan barang yang terletak di bahagian tengah hadapan sebelum menjulur tangan kirinya untuk mengambil dompet milik Sulaiman.

Secara perlahan-lahan dia menarik dompet itu ke belakang dan terus menyelongkar dompet itu dan memasukkan sesuatu ke dalam poket seluarnya yang dipercayai wang S$500 sebelum meletakkan dompet itu kembali ke tempat asal.

Sebaik saja tiba di destinasi Woodland, mangsa memaklumkan caj tambang perjalanan adalah S$9 dan lelaki itu membayarnya lebih dari jumlah tersebut dan menghalalkan baki bayaran itu.

Bagaimanapun segalanya sudah terlambat, Sulaiman cuma mengetahui dirinya dirompak selepas menyedari wang dalam dompetnya hilang yang mana jumlah S$500 itu merupakan gajinya selama tiga hari.

Sulaiman tidak dapat mengingati nama penumpangnya itu berikutan nama penumpang tidak direkod dalam aplikasi Grab dan hilang selepas pemandu menurunkan penumpangnya.

Sulaiman turut menasihatkan pemandu Grab yang lain berhati-hati agar tidak menjadi mangsa golongan individu yang tidak bertanggungjawab.

Bagaimanapun segalanya sudah terlambat, Sulaiman hanya mengetahui dirinya dirompak lelaki terbabit selepas menyedari wang dalam dompetnya hilang yang mana jumlah S$500 itu merupakan gajinya selama tiga hari.

Sulaiman juga tidak dapat mengingati nama penumpangnya itu berikutan nama penumpang tidak direkod dalam aplikasi Grab dan hilang selepas pemandu menurunkan penumpangnya.

Justeru, Sulaiman menasihatkan pemandu Grab yang lain berhati-hati agar tidak menjadi mangsa golongan individu yang tidak bertanggungjawab.

Video kejadian yang dimuat naik Firdaus Nur itu sejak jam 9.27 malam Rabu telah dikongsi lebih 10,200 pengguna Facebook.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...