Tak dinafikan memang ramai yang lebih rela menaiki motorsikal untuk ke tempat kerja untuk elakkan kesesakan lalu lintas. Bukan sahaja dapat jimatkan masa tapi perbelanjaan pun dapat dijimatkan juga.
Tular baru-baru ini rakaman dashcam yang menunjukkan seorang penunggang motorsikal dilanggar oleh penunggang motorsikal Kawasaki. Yang menjadi masalahnya, bukan sahaja langgar orang lain tapi lepas tu terus cabut lari!
“Sebab ni lah setiap kali kalau aku mencelah time jem aku akan bawak as slow as possible.”
Sebab ni lah setiap kali kalau aku mencelah time jam aku akan bawak as slow as possible. Brader KLX memang sial dia boleh blah macam tu je. WUB 4175 kawasaki KLX150. pic.twitter.com/FHEKYULSqr
— E? Chapo ? (@unholyEddy) October 10, 2019
Tak patut betul buat macam ini. Sepatutnya tolong lah dulu mangsa yang terjatuh tu sebelum apa-apa. Rata-rata ramai yang rasakan penunggang motorsikal Kawasaki itu tak sepatutnya mencelah dengan keadaan macam tu.
“Motor tu tak bawak laju pun sebenarnya”
Ramai jugak yang kata motor tu laju. Pada jangkaan aku lah kan, motor tu bergerak dalam kelajuan 20-40kmh je. Aku yakin rider yang lain pun fikir macam tu. The main problem dalam case ni is brother klx tu main terjah je. Itu lah penyebab utama.
— E? Chapo ? (@unholyEddy) October 10, 2019
setuju sebab tengok kawasan, memang sempit camne nak bawak laju, btw kalau dari dalam kereta yang berhenti memang nampak laju, tapi cuba bawa motor tu, mau asyik asyik kena rem je dengan motor belakang kalau bawa slow nak mampus
— izrail (@gawdanial) October 10, 2019
Patut KLX tu sebelum tu kena tengok dulu clear ke tak. Ni pakai masuk je. Lepas tu cabut. Nilah aku selalu risau time celah2, kita bukan laju mana tapi kalau ada barua pakai masuk macam ni kita memang jatuh juga la cerita dia.
— ” (@alfrhn7) October 10, 2019
Tapi dalam kekalutan itu, netizen turut memuji tindakan pemandu kereta Swift merah itu kerana bersikap tenang dan tidak panik. Kalau diikutkan, siapa sahaja yang tak marah kalau kereta kena langgar kan? Tapi dia masih relaks turun kereta dan tolong mangsa.
“Dah kena langgar pun still steady tak ada marah-marah.”
Bagus pemandu kereta Swift merah tu, walaupun kereta dia dilanggar penunggang motor yang menjadi mangsa kecuaian motor hijau tu, langsung pemandu swift tak mempedulikan keadaan keretanya dan membantu mangsa kemalangan dulu.
— Ainaza Arizie (@AizuBS) October 10, 2019
Respect brother kereta swift tu, dh kena langgar pun still steady takda marah2
— AzimNaim (@AzimNaimm) October 10, 2019
Owner kereta swift bagusnya. Kereta dia kena langgar tu, tp dia tak tengok sikit pun, siap tolong alihkan motor lagi.
— ANGAHOKAY (@anepsahaja_) October 10, 2019
Kami harapkan tak ada kecederaan serius yang berlaku pada mangsa tu. Tapi apa-apa pun, abang kereta Swift tu memang steady.
Sumber: Twitter