Dihimpit pelbagai kontroversi dan kecaman sehingga dilabel sebagai perampas, perkahwinan pelakon Izreen Azminda bersama pemuzik Ude Wahid tidak mendapat restu ramai apatah lagi ketika itu mereka berkahwin secara senyap.
Semalam, Izreen dan Ude sekali lagi menjadi tumpuan ramai apabila tiba-tiba sahaja mengadakan majlis persandingan di sebuah villa mewah. Lengkap dengan tiga persalinan sekaligus, majlis tersebut tidak dinafikan nampak begitu memukau dan meriah.
Terdahulu, pengakuan Izreen yang sudah bernikah secara rahsia bersama Ude pada Ogos 2017 menggemparkan peminat dunia hiburan tempatan kerana perkahwinan itu tidak mendapat keizinan isteri pertama Ude ketika itu aitu Intan Liana . Dikecam sebagai pemusnah kebahagiaan wanita lain, Izreen tampil memberitahu beliau tidak berniat meruntuhkan masjid yang dibina sebaliknya hanya “extend” sahaja masjid itu.
Sumber Berita & Video : Facebook Villa D’Acqua Homestay Masjid Tanah