(VIDEO) “Walaupun Dia Sudah Tiada..” – Hidayah Jaga Baik Anak Arwah Abang, Siap Bawa Jalan-Jalan

Trending

(VIDEO) “Walaupun Dia Sudah Tiada..” – Hidayah Jaga Baik Anak Arwah Abang, Siap Bawa Jalan-Jalan

Isteri kepada pelawak, Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali mendapat perhatian orang ramai selepas memuat naik sebuah hantaran video di laman TikTok.

Menerusi video tersebut, Hidayah dilihat membawa anak-anak buah dan kakak iparnya keluar berjalan-jalan.

Advertisement

Menurutnya, walaupun abangnya sudah 12 tahun pergi meninggalkan mereka tetapi mereka tetap menjadi satu keluarga sehingga ke hari ini.

Alhamdulillah dikelilingi orang yang sangat-sangat baik. Walaupun arwah abangku tiada tetap menjadi satu keluarga sampai bila-bila.

Bukan itu sahaja, Hidayah memaklumkan mereka sekeluarga sememangnya menjaga amanah untuk mengasihi anak-anak yatim.

Kami jaga amanah anak arwah abang penuh kasih, sayang anak-anak yatim. Kami sayang kakak ipar kami.

@hidayah_hamzah

Kenangan Bersama Keluarga Kakak iparku Alhamdulliah dikelilingi orang yang sangat2 baik Walupun arwah abgku Tiada tetap menjadi satu keluarga smpai bila2 ??#keluargamertuaabang #happyfamily #alfatihaharwahabangku #loveyoukakakiparku #sayanganak2buahku

? Somewhere Only We Know – Gustixa

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah memuji sikap baik keluarga Hidayah kerana sentiasa menjaga kebajikan anak-anak yatim.

Malah, mereka turut mengatakan tidak hairanlah dia dan anaknya, Syed Uthman Hamzah sentiasa dilimpahkan rezeki.

Dalam pada itu, ramai yang berharap keluarga ‘sebelah sana’ turut menjadikan sikap keluarga Hidayah sebagai contoh.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ali puteh
1 year ago

"Mana Hati Budi? Saya Ada Anak Kecil" - Ali Puteh Kesal Rumah Arwah Mak Bakal Disita, Berkait Dengan Saman RM60K

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...