(Video) Viral Gadis Dihempap Buaian, Kejadian Itu Patut Dipandang Serius

Trending

(Video) Viral Gadis Dihempap Buaian, Kejadian Itu Patut Dipandang Serius

Video seorang gadis ditimpa tiang kayu ketika menaiki buaian di sebuah pantai di Terengganu semalam menjadi viral.

Advertisement

Video yang dikongsi oleh Dermalina, iaitu gadis itu sendiri mendapat lebih 7K perkongsian di facebook. Di dalam video tersebut, dia dilihat beberapa kali menghayun dan bermain buaian di Pantai Teluk Ketapang, Seberang Takir, Terengganu, sebelum tiang kayu runtuh lalu menghempapnya.

 

Ada yang ketawa, ada yang kesian dengan Dermalina selepas menonton video itu. Walaupun video tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen, perkara ini sepatutnya dipandang serius.

Oleh sebab itu, Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Terengganu, Ariffin Deraman meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) memeriksa kesemua buaian kayu yang diletakkan di kawasan pantai.

Langkah itu bagi mengelak insiden runtuhan buai yang berlaku Sabtu lalu berulang dan bagi memastikan ia selamat digunakan.

“Kita harap kejadian ini dipandang serius semua pihak dan pemantauan berterusan dilakukan supaya kejadian sama tidak berulang,” 

Dalam video tersebut kelihatan sebahagian tiang tersebut terkena kepala mangsa dan difahamkan mangsa tidak cedera.

 

Di laman Facebook Gabungan Anak Terengganu (Original), seorang pengguna telah memuat naik video menunjukkan buaian lama telah diroboh demi tujuan keselamatan.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...