Baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman video yang mempamerkan seorang guru sekolah tahfiz mendera pelajarnya di bilik darjah.
Menerusi rakaman itu, guru yang memakai baju berwarna hitam tersebut dilihat menyerang dan memukul pelajar tersebut berkali-kali di hadapan anak murid yang lain.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku sejak lebih setahun lalu dan tenaga pengajar dari madrasah terbabit sudah ditahan oleh pihak polis baru-baru ini.
Sumber memberitahu bahawa mangsa telah disepak dan dipukul oleh ustaz berkenaan ketika sedang belajar dan dedahnya lagi, madrasah itu tidak menyediakan prasarana lengkap seperti pusat pengajian lain.
Madrasah terkenal?
Lebih mengejutkan, pusat pengajian berkenaan didapati mengutip dana daripada orang ramai kononnya untuk membiayai pembinaan sebuah surau namun tidak pernah disiapkan sehingga kini.
Bukan itu sahaja, ia turut didokong seorang ahli politik dari pantai timur, peguam serta pengamal perubatan dan terkenal dengan banyak program dakwah bersama seorang individu yang mengaku sebagai keturunan Nabi Muhammad SAW.
Amaran/Warning
Kalau tak bahagia sangat dengan kerja kau…berhenti dan buat benda lain….hari hari stress kemudian lepas kat budak-budak sebab apa…..
Sebesar mana kesalahan anak kecil itu sampai diperlakukan begitu dan sampai ada yang dikatakan kena denda tidur dalam… pic.twitter.com/D3Dy60TSYV
— MYNEWSHUB (@mynewshub) February 20, 2024
Ada yang jadi mangsa gangguan seksual
Madrasah itu mempunyai lebih 40 penghuni berusia antara 10 hingga 17 tahun yang dihantar keluarga untuk belajar agama namun malangnya mereka ini menjadi mangsa perbuatan kejam tenaga pengajar.
Pelajar dipukul tenaga pengajar sehingga cedera, malah lebih teruk ada yang menjadi mangsa gangguan seksual.
Mangsa tidak berani buat laporan polis kerana bimbang dimarahi serta tiada pilihan, selain terus tinggal di situ kerana masalah keluarga.
Pelajar juga mengadu kepada rakan tentang nasib mereka termasuklah dipaksa tidur di dalam tandas kerana buat salah dan terpaksa menahan lapar kerana tidak diberikan makanan.
Ibu bapa tak puas hati
Seorang pengadu yang dikenali sebagai Saiful berkata pemilik madrasah itu turut mempunyai cawangan lain di negara ini dan negara Maghribi.
Dia mula sedar ada sesuatu yang tidak kena apabila ibu bapa datang disebabkan tidak berpuas hati dengan keadaan anak mereka beberapa bulan yang lepas.
Ketika lawatan seorang ustaz lain, saya dimaklumkan bahawa bacaan al-Quran pelajar di sini juga tidak tepat.
Saiful kemudian membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas mendapat tahu tentang semua hal ini dan isu ini sedang disiasat oleh pihak berkenaan.