Selepas menghadiahkan pelbagai barangan mewah bernilai kira-kira RM1 juta kepada anaknya sempena ulang tahun kelahiran ke-11 baru-baru ini, usahawan terkenal, Farhana Zahra, sekali lagi mencuri perhatian apabila membeli coklat berjenama mewah bernilai ribuan ringgit.
Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok, Farhana dilihat sedang bercuti bersama keluarganya di Singapura. Dalam percutian tersebut, mereka sempat membeli-belah termasuk mendapatkan coklat jenama Louis Vuitton (LV) yang jarang didapati di Malaysia.
Susah nak shopping coklat ni, dekat Malaysia tak ada. Saya kalau makanan sedap, mesti nak kongsi dengan keluarga.
Coklat tersebut kemudian dibungkus dalam kotak berjenama eksklusif dan Farhana membeli sebanyak 27 kotak.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah jumlah keseluruhan pembelian tersebut adalah sebanyak 1,616 dolar Singapura (SGD), bersamaan kira-kira RM6,000.
RM6,000 je korang, murah gila.
Namun, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen menyindir tindakan usahawan itu yang didakwa sengaja menunjukkan kemewahan. Ada yang menasihatkan agar tidak bersikap riak ketika berkongsi di media sosial.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.