(VIDEO) “Umpama Melepas Rindu Antara Anak Dan Ayah..” – Aktor Norman Hakim Terharu Dapat Berjumpa Yusof Haslam

Hiburan

(VIDEO) “Umpama Melepas Rindu Antara Anak Dan Ayah..” – Aktor Norman Hakim Terharu Dapat Berjumpa Yusof Haslam

Lega dapat melepaskan rasa rindu yang lama terpendam, pelakon Norman Hakim gembira dapat disatukan semula dengan penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam di set baru-baru ini.

Mengubat kerinduan

Kata aktor ini, dia sangat merindui Yusof dan terharu kerana dapat mengubat kerinduan dirinya kepada figura bapa ketika bertemu dengan penerbit tersebut. Kerinduan Norman dapat dilihat jelas dalam perkongsian yang dimuat naik di Instagram itu.

Advertisement

Lillahita’ala saya sangat merindui susuk tubuh ini. Insan yang sangat berjaya terutama dalam perjalanan saya sebagai anak seni, tak lain tak bukan the one and only Datuk Yusof Haslam.

Dalam masa yang sama umpama menumpang lepas rindu antara seorang anak pada seorang ayah dan mungkin sebaliknya.

Dapat berborak

Tambah Norman lagi, dia turut rasa bersyukur kerana dapat bertemu dan berbual dengan Yusof di antara rakaman di set. Bukan itu sahaja, suami kepada pelakon Memey Suhaiza ini turut mendoakan kesejahteraan peneribit itu dan berjanji akan sentiasa ada untuknya.

Till we meet again, InsyaAllah. I will always have your back.

Mohon doakan insan yang banyak berjasa dalam hidup saya ni dikurniakan rahmat, lindungan dan kasih sayangNya dalam usianya yang memasuki 70 tahun ini..

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

psl
4 months ago

"Semoga Dia Dapat Jodoh Dengan Lelaki Yang Dapat Bahagiakan.." - Datuk Yusof Haslam Hanya Ingin Lihat Puteri Sarah Gembira

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...