Gandingan Fattah Amin dan Nur Fazura di dalam drama Hero Seorang Cinderella bukan sahaja mencetuskan fenomena luar biasa sehingga menjadi kegilaan ramai, tetapi siapa sangka bibit percintaan antara mereka juga akan timbul.
Hari ini, sudah genap setahun Fattah dan Fazura disatukan sebagai suami isteri. Bersempena dengan tarikh yang cukup istimewa ini, mereka berdua ada memuat naik video dan ucapan penuh romantis menghargai setiap momen indah bersama.
Jom lihat video dan luahan hati FattZura :-
Ucapan mereka mencuri tumpuan ramai termasuklah rakan artis. Mereka turut teruja melihat kebahagian dan rasa cinta pasangan ini dan mendoakan agar Fattah dan Fazura kekal bahagia sehingga ke syurga.